############### Payudara Anda Kecil? Kendur Dan Leper? ################ Tahukah anda! Telah Ramai Wanita yang dah berjaya mendapatkan payudara yang cantik, montok dan anjal dengan Zofea Beauty Secret. Inilah Produk Penambah Saiz Payudara Yang Hot Dipasaran... Zofea Beauty Secret..Layari http://www.zofeabeautysecret.com/ Sekarang!

Resepi Kuih Donat Lembut Dan Gebu


Resepi Kuih Donat Lembut Dan Gebu

Bahan-bahan ( kira-kira 15-20 biji donut)

400g tepung gandum (guna tepung gandum yang ada gambar donut)
50g gula halus
50g butter
1 1/3 cawan susu segar
1 sudu makan yis mauripan (yis kering)
Sedikit garam
Gula halus yang telah diblender – untuk ditabur di atas donut

Cara-cara membuatnya :

1)Masukkan tepung gandum, gula dan garam dalam talam yang sesuai dan gaul rata.
2)Masukkan susu segar di tengah2 adunan dan gaul rata.
3)Yis dicampur dengan sedikit air dan kacau sekatadi dalam cawan. Setelah yis sekata masukkan ke dalam adunan.
4)Uli adunan sedikit hingga semua adunan rata. Masukkan butter. Uli adunan sehingga semua adunan sekata dan lembut.
5)Untuk memastikan anda telah menguli adunan lembut, pastikan adunan tidak melekat pada tangan anda. Untuk mendapatkan adunan yang cantik diuli, uli kira-kira 15-20 minit bergantung kepada cara anda menguli.
6)Setelah siap diuli, bentukkan bulat besar dan bulatkan tengah ditengahnya dan biarkan ia mengembang sehingga 2x ganda. Untuk resepi ini disebabkan penggunaan yis yang tidak banyak saya tunggu kira-kira 1 jam untuk adunan ini menjadi dua kali ganda. Setelah kembang, bulat ditengah adunan akan mengecil.
7)Setelah adunan mengembang, bentukkan adunan menjadi bentuk donut. Jangan buat donut tu besar2...cukuplah comel2...sebab sementara kita membuat donut yang lain ia akan mengembang lagi dan ketika menggoreng donut akan mengembang lagi.
8)Goreng donut dengan api yang sederhana. Setelah masak, taburkan gula halus yang telah diblender di atas donut. Siap untuk dimakan!!!:)

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...